♥ ♥WELCOME TO MY BLOG♥ ♥

♥ ^_^ WELCOME TO MY BLOG..TENKIU SI CANTEK & SI HENSEM BCOZ JALAN-JALAN DI BLOG IEZA ^_^ ♥

Saturday 11 February 2012

" ♥Sabar Mutiara Iman♥ "


 assalamualaikum w.b.t

hurmmm,,,dah alang-alang saya nih tengah menahan sabar sebabnya menunggu si bua ati yang tak sampai-sampai lagi nih saya pon dengan laju nya nak update entry pasal sifat sabar..huhu..bukannya saya nak cakap saya nih seorang yang penyabar,,tapi saya saja nak kongsi kan dengan korang sumer apa yang saya baca dari laman web JAIS...hurmm..bila dah baca sampai habis baru laa rasa marah tuh terus turun laju-laju...

tak pelahh saya pon tak maw lah nak rosakkan mood saya nak keluar dengan bua ati nih...so,,better saya cold down..lagi ponn saya faham dia bukannya sengaja nak buat saya menunggu lama tapi sebagai anak sulong dalam keluarga dia mestilah mengutamakan family nya dulu then baru lah saya...tapi apa ponn kalau jumpa dia jap lagi confirm akan terkeluar muncung itik saya..hahaha..tue dah memang tak boleh nak dielakkan lagi..hehehe...^_^


jom korang sama-sama baca artikel yang saya baca nih..mana lah taw artikel nih boleh menyejukkan hati korang yang tengah panas menggelegak tuh..heeeee...=)'




sabarrr owhhhhh sabarrrr....


Sabar itu mutiara Iman. Begitulah bak kata-kata pujangga... Hakikatnya, antara ratusan sifat-sifat terpuji (mahmudah) sabar boleh dianggap sebagai penghulunya. Ini jelas apabila Al-Quran sendiri mengulang-ulang kalimah ini tidak kurang dari 70 kali.

Rabi'ah al-Adawiyyah pernah diriwayatkan berkata : Yang bermaksud :
"Sabar itu tidak tertanggung melainkan dengan kesabaran jua".
        
Secara istilahnya, sabar bererti ‘menahan diri atas perkara-perkara yang tidak disukai, demi mencari keredhaan Allah'. Yakni, walaupun sesuatu perbuatan itu tidak kita gemari, bersedekah umpamanya, kita tetap bertahan melakukannya demi keredhaan Allah. Firman Allah (S.W.T) dalam surah Ar-Ra'd ayat : 22 yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang bersabar kerana mengharapkan keredhaannya Tuhannya".

Secara mudahnya, sabar sering diertikan dengan ketenangan hati, tidak panik ataupun berkeluh-kesah dalam menghadapi apa jua situasi.

Kebaikan sifat sabar ialah :-

1)     Sifat sabar dinisbahkan oleh Allah dengan sifat rasul-rasul Ulul Azmi sebagaimana firman-Nya dalam surah Al-Ahqaf ayat 35 yang bermaksud:
       " Bersabarlah sebagaimana rasul-rasulnya Ulul Azmi bersabar"

Ulul Azmi adalah lima rasul yang amat cekal menghadapi cabaran dan tentangan umat mereka dalam menjalankan dakwah. Mereka ialah Nabi Muhammad s.a.w, Nabi Isa, Nabi Musa, Nabi Ibrahim dan Nabi Nuh a.s

2)       Sabar membezakan antara manusia dan makhluk lain. Allah mencipta binatang punya nafsu semata-mata. Ia tidak dilengkapkan dengan akal, juga tidak dihiasi dengan sifat-sifat terpuji. Manakala para Malaikat pula diciptakan Allah suci dari hawa nafsu. Mereka asyik beribadah kepada Allah tanpa memerlukan sifat sabar sebagai perisai. Sedangkan kejadian kita manusia, pada awalnya hanya nafsu memerintah, sewaktu akal masih putik. Kita hanya tahu menangis bila kelaparan atau kesakitan. Sedikit demi sedikit akal mula membesar seiring tumbesaran jasmani. Kemudiannya kita dilatih bersabar sedikit demi sedikit. Hinggalah kita baligh dan wajib mematuhi syariatnya. Namun terdapat juga yang tersalah anggap tentang konsep sabar. Antara salah konsep masyarakat kita dalam mengertikan sifat sabar ialah :-

a)    Kompromi . sabar dan kompromi adalah dua kalimah berlainan makna, walaupun kita perlu bersabar untuk berkompromi. Ada perkara yang kita tidak boleh berkompromi terutamanya bila melibatkan maruah diri, bangsa dan agama.

b)    Menyerah. Seringkali kedengaran oleh kita melafazkan :
 "Apa nak buat, bersabar sahajalah".

Perlu ditegaskan, sabar bukannya tewas atau kalah. Malah setiap muslim perlu mengambil tindakan penyelesaian yang sewajarnya sekiranya menghadapi masalah.

c)    Tidak berusaha. Bersabar atas kemiskinan ataupun kecacatan diri bukan bererti menerima bulat-bulat keadaan yang berlaku. Allah menyeru agar manusia berusaha sedaya upaya baru kemudiannya berserah kepada Allah. Firman-Nya dalam Surah Ar-Ra'd ayat :11 yang bermakusd :
 "Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum hingga mereka sendiri mengubahnya".

d)    Sabar hanya waktu susah. Mungkin pelik bagi sesetengah orang jika dikatakan kita juga perlu bersabar pada waktu senang. Ini mungkin kerana sifat sabar kerap dikaitkan dengan kesusahan dan penderitaan. Padahal, yang lebih sukar adalah sabar sewaktu senang untuk membendung sifat-sifat tercela di dalam diri seperti bakhil, bongkak dan sombong agar kita menjadi hamba yang bersyukur.

e)    Pasif. Memberi maksud sabar sebagai tunggu dan lihat juga tidak tepat. Sepatutnya orang yang sabar adalah pro-aktif, yang mampu bertindak selangkah ke hadapan dari orang lain. Ini kerana hatinya yang tenang yang memungkinkannya berfikir dengan waras.

 Kerana kekurangan ilmu dan praktis, sabar kerap dianggap sebagai matlamat atau penyelesaian. Sedangkan sebenarnya sifat sabar adalah wadah atau perisai ampuh yang mesti digunakan untuk mencapai matlamat hidup dunia dan akhirat.



hurmmm,,,so selagi kita semua boleh bersabar lebih molek kalau kita bersabar..tapi ingat setiap kesabaran itu ada hadnya...^_^


okbai..(",)

1 comment:

Yumida said...

sukar utk kawal marahkan...tp sabar itu yg terbaik..even sukar utk mencapai tahap sabar...

follow u

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...