♥ ♥WELCOME TO MY BLOG♥ ♥

♥ ^_^ WELCOME TO MY BLOG..TENKIU SI CANTEK & SI HENSEM BCOZ JALAN-JALAN DI BLOG IEZA ^_^ ♥

Sunday 5 February 2012

Amalan-amalan yang memustajabkan doa

assalamualaikum w.b.t

korangg,,,kali nih saya nk buat sambungan entry pasal waktu-waktu doa yang mustajab tuh...bila kita sumer dah taw bila waktu-waktu mustajabnya doa kita,,maka kita juga perlulah taw amalan-amalan yang perlu kita lakukan untuk membuatkan doa kita mustajab...




Memperbanyakkan amalan-amalan yang sunat setelah kita sudah mencukupkan amalan-amalan yang wajib.



Memanjangkan sujud di dalam solat, dan berdoa lah kepada Allah setiap kali kita bersujud kepadanya..


'Menebus' kembali amal baik yang telah kita lakukan.
Seperti yang kita dapati di dalam surah Ali-Imran, yang merupakan bacaan yang baik untuk solat Tahajjud, iaitu;
"Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun; Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada Iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti; Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasul-Mu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji." [Ali-Imran 3:192-194]
Kita lihat di sini sebagai dalil, bahawa boleh bagi kita setelah beramal baik, untuk kita menebus kembali  daripada Allah S.W.T agar memustajabkan doa kita. 


Menghulurkan pertolongan.
Menolong orang lain, terutamanya mereka yang dekat dengan kita seperti kaum keluarga dan sahabat handai. Ini kerana sabda nabi S.A.W, "Andai kamu menolong saudara kamu, Allah akan permudahkan bagi kamu urusan kamu".


Sabar.
Sabar dalam menghadapi ujian Allah S.W.T. Doa orang yang bersabar sangat didengari Allah S.W.T.




p/s: korang sumer kena tunggu update entry akan datang yer yang mana saya akan kongsikan kepada korang sumer tentang doa-doa yang mustajab..semuanya saya dapat info dan ilmu yang berguna nih daripada i luv Islam....huhu..okbai...^_^

2 comments:

dya nasir said...

thanks berkongsi ilmu..:D

SuNsHiNe said...

dyabunga: welcome..:) thnx sudi sggah sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...