♥ ♥WELCOME TO MY BLOG♥ ♥

♥ ^_^ WELCOME TO MY BLOG..TENKIU SI CANTEK & SI HENSEM BCOZ JALAN-JALAN DI BLOG IEZA ^_^ ♥

Thursday 28 April 2011

~PETUA MENGASIHI ISTERI TERSAYANG~

assalamualaikum...
hyee...hyee...hyee....uollss sumer...
wat per tuh?? da mam x nih?
heeee...kali nih entry sya byk ditujukan pda lelaki jew laa..
hehee..boys2 sumer jgn la mara yer...
ni sekadar sharing-sharing jew...ilmu kan..
baek kite kongsi beramai-ramai...baru la berkat...
hehehehe...


tajuk entry kan petua mengasihi isteri...
so, kalo ade sape2 yg da kahwen boleh la yer praktis kan dirumah...
hehehe..but, pada yg still bujang agi,,,,
boleh la standby ape-ape yg patot untuk future wife korang...
hehehee...oke2...meh kite same2 bace yer petua nih...
rugi taw kalo korang tak take note...
mane la tahu kan benda2 nih boleh membantu korang sumer..
weeeeeeehaaaaaa!!!!


~~~ petua mengasihi isteri tercinta ~~~



1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Sekali sekala Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.

7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.

10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.

14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.

19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi, jamu atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.



*** kepada lelaki-lelaki diluar sana..sayangilah isteri anda dan kasihilah mereka sepenuh hati
anda semua....dan kepada yg bujang2 lagi ambil lah tips2 yg ada okeh..chillss...=) ***

p/s: tenkiu sbb sudi bace..^_^

3 comments:

Far8 budak baik said...

lebih kn isteri untuk anak2??
hahaha..kawin 4 ar gini..haha =p

SuNsHiNe said...

haippp...ade kew da pasg niat awl2??
heee..xbek taw...noty lorh...haha..=)

Unknown said...

thanks...good info.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...