♥ ♥WELCOME TO MY BLOG♥ ♥

♥ ^_^ WELCOME TO MY BLOG..TENKIU SI CANTEK & SI HENSEM BCOZ JALAN-JALAN DI BLOG IEZA ^_^ ♥

Thursday 13 December 2012

" Kelebihan Surah Yaasin... "

assalamualaikum w.b.t


koranggg sumer...disebabkan ari nih ari Khamis malam Jumaat, so seperti biasa mesti akan ramai yang  baca surah Yasin selepas waktu Maghrib...hurmmm benda nih bukan nya wajib okeh..tapi kelaziman masyarakat kita suka mengamalkannya secara berterusan..alhamdulillah...:)


hurmm,,kat sini saya nak share sikit dengan korang yang mana terdapat banyak kelebihan and fadhilat apabila kita membaca surah Yasin tersebut. saya dapat info nih pon daripada bacaan saya dalam internet...so saya nak share dengan korang sumer taww...benda baek kan better jangan nak kedekkk sangat dengan orang..hehehe...^_^









Kelebihan Surah Yaasin....


Ayat 1 - 9  : Untuk keselamatan diri


Ayat 9  : Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. tapi janganlah digunakan utk elak Kastam pulak tu dah niat lain...hehehe...


Ayat 12  : Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.


Ayat 13 - 35  : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.


Ayat 22 - 23  : Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.


Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.


Ayat 30  : Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).


Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. 
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam


Ayat 33 - 35  : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur


Ayat 36  : Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. 
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.


Ayat 37  : Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.


Ayat 38  : Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.


Ayat 39  : Mengisahkan ilmu falak.


Ayat 40  : Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.


Ayat 41  : Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.


Ayat 44  : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.


Ayat 45 - 48  : Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.


Ayat 49  : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya. 
Tiupan 1   - Datang dengan tiba-tiba 
Tiupan 11  - Hancur 
Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.


Ayat 50  : Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.


Ayat 58  : Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.


Ayat 76  : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.


Ayat 78 - 79  : Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan  badan .Untuk doa ayat 78. "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.


Ayat 79  : Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."


Ayat 82  : Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x . 
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar. 
Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. 
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut  pastu  baca pada air 100x  & berdoa apa sahaja hajat kita..



Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah: 
Buah Zaiton - Elok untuk kulit 
Kurma         - Berkhasiat (memberi tenaga) 
Delima         - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab 
Ad Tin         - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak. 



Seelok-eloknya dibaca : 
1. Selepas sembahyang subuh 
2. 3 Jumaat berturut-turut 
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x 
4. Ayat 38 - 12x 
5. Ayat 58 - 7x 
6. Ayat 82 - 14x 
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x. 
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah. 
9. Perlu yakin, insyaAllah dgn berkat Allah ianya termakbul. 



Wallahualam.



huhuhuhu..saya sendiri sangat-sangat kagum dengan segala ciptaan Allah S.W.T...dimana setiap ayat nya mengandungi makna yang begitu baek dan saya sendiri tidak pernah mengamalkannya...alhamdulillah,,bermula dari ari nih kalau saya ada rasa saket kepala kew, sedih kew saya nak jugak ikut tips ini..mana lah taw dengan berkat ayat al-Quran nih memang berkesan..insyaAllah...


hope korang sumer boleh terima segala yang saya kongsikan di blog saya nih..kalau ada kekurangan saya mohon sejuta maaf yer...heeee..


okbai..^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...