♥ ♥WELCOME TO MY BLOG♥ ♥

♥ ^_^ WELCOME TO MY BLOG..TENKIU SI CANTEK & SI HENSEM BCOZ JALAN-JALAN DI BLOG IEZA ^_^ ♥

Thursday 16 June 2011

Kembalilah Tersenyum...:)

assalamualaikum w.b.t.
Beruntung sungguh menjadi seorang Muslim. Setiap gerak tingkah sentiasa ada pedomannya. Walau perkara yang amat kecil jika dipandang, namun hati tetap senang dengan setiap landasan yang diberikan. Islam agama yang menyentuh keseluruhan kehidupan.
Rukun Iman yang enam sudah kita ketahui dan perlu diyakinkan. Menarik untuk perkara yang keenam iaitu percaya kepada Qada dan Qadar atau dengan kata lain percaya kepada apa yang Allah tentukan.
Hidup memang ada cabaran. Terutamanya kepada orang yang beriman. Pasti akan diuji.
Firman Allah:
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: " Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (al-Ankabut, Ayat 2
 
Ini adalah sunnatullah, ini ketetapan Allah yang perlu diterima. Walau bagaimanapun, seseorang yang diuji sepatutnya perlu tabah dengan sebarang ujian. Kemiskinan, kekayaan, kesakitan, kehilangan harta benda, kematian dan sebagainya kerana Allah lebih berhak terhadap diri kita. Semua adalah pinjaman.
Yakinlah kita bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Semestinya Dia tidak akan membebankan hamba-Nya dengan ujian yang tidak mampu dipikul oleh hamba-Nya. Pasti tidak! Tuhan yang Maha Mengetahui tahap keimanan kita dan kesanggupan yang ada pada kita, pasti menguji dengan tahap yang sesuai dengan Iman masing-masing.
Firman Allah:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (al-Baqarah, Ayat 286)
 
jangan lah kita bersedih kerana setiap ujian yang Allah berikan kepada kita kerana Allah masih sayangkan kita..dan kita semua ingatlah bahawa Allah tidak akan menguji setiap hambanya diluar kemampuan hambanya itu...sekian wasalam... >__<

p/s: tenkiu sebab sudi jengah entry saya n bace...(^__^)

4 comments:

ILA HonEyBuNNy said...

Ujian dari Allah membuatkan kita semakin matang and tabah..

alhamdulillah..semyum...;_)

SuNsHiNe said...

betol2..semkin byk ujian..semkin mematgkn dri kita sbnrnya..:)

Sya_Merpati Putih 88 said...

kena sentiasa sabar dan tabah dalam menjalani kehidupan seharin barulah hidup akan terasa tenang dan bahagia..(^_____^)

SuNsHiNe said...

terbang bersamaku: betul2..saya sokong pendapat awk...:))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...