♥ ♥WELCOME TO MY BLOG♥ ♥

♥ ^_^ WELCOME TO MY BLOG..TENKIU SI CANTEK & SI HENSEM BCOZ JALAN-JALAN DI BLOG IEZA ^_^ ♥

Monday 28 February 2011

10 sifat waNita yG peRlu LeLaki ketaHui.....=)

SENSITIF
bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. apabila seorang wanita menyatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis didalam hatinya.
CEREWET
bukan bermaksud 'fussy' tidak tentu hala, kadang kala ingin lelaki mengikut katanya sekali sekala. ikutkan sahaja kemahuan mereka selagi mampu tetapi ingat jangan mengeluh tidak tentu pasal...inin boleh memburukkan lagi keadaan.
HALUS
ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, dan mudah tercarik dan koyak. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, lazimnya wanita akan ingat kesalahan itu untuk dijadikan pengajaran ...bukan lah dendam..
IKHLAS
ikhlas seorang wanita tidak perlu diragui. semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati dan lelaki juga perlu ikhlas mencintai wanita.
PERASAAN
wanita suka jika sesekali orag yang disayangi membuat kejutan dengan memberi hadiah, bunga, atau sekadar kad ucapan romantis. mereka akan merasa terharu dan merasakan dirinya dicintai setulus hati. dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadap dirimu.
PRIHATIN
sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. wanita juga mudah jatuh hati pada lelaki yang prihatin dengan selalu ambil berat mengenai mereka dan baik terhadapnya.
MANJA
walaupun dia seorang wanita yang pandai berdikari, naluri mereka tetap masih seorang wanita. suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bergelar lelaki, namun juga dengan sahabat ataupun keluarga.
EGO
wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai. ini kerana apabila lelaki yang disukai merenung tajam kematanya, dia akan cair seperti coklat!!!
CINTA
cinta pertama bagi wanita adalah dalam dan tulus. apabila lelaki yang dicintainya pertama kali dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat.  namun selepas ganggang telefon diletakkan, dan tidak sampai sepuluh minit..semua rakan-rakannya akan tahu tentang berita itu.
SEKS
seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. mereka mempunyai nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu sahaja.  lelaki pula dijadikan sembilan akal dan satu nafsu. fungsi lelaki adalah untuk membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...